Hai semua…
27/8 yang lalu, kami ke Kota Bharu
antara sebabnya En. Hubby ada bagi training advertising di sana. Entah kenapa
kali ini travel ke Kota Bharu rasa excited pulak. Mungkin sebab sebelum ini
kalau Elly travel ke Kota Bharu Elly naik flight saja. Excited tu sebab perjalanannya
panjang boleh tengok tempat orang. Elly memang suka kalau berjalan dan tengok
life orang sepanjang perjalanan di tempat lain, rasa pengalaman yang baru dan
cari makanan yang popular di tempat itu. Kalau naik flight ini memanglah cepat dan
mudah tetapi sekejap saja dah sampai macam boring sikit… So awal-awal lagi dah
suggest pada En. Hubby travel ini kita bawa kereta saja, lagi best, tak perlu rushing-rushing,
banyak tempat boleh singgah dan banyak masa boleh kami berborak. (ehem2…). Kami
rancang tidak terus ke KB tapi bermalam di Gua Musang dan pagi esoknya selepas
subuh akan meneruskan perjalan ke KB. (Dah dewasa ni Gua Musang pun x pernah
singgah…)
Trip ke Kota Bharu kali ini memang tak
nak rushing, nak menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Tidak kisahlah
kalau setakat dalam Malaysia saja, bagi Elly kita perlu bersyukur dengan apa
yang Allah dah ciptakan depan mata kita. Kan, kan, kan… Kami bertolak dari KL
lepas masuk Zohor. Sebelum tu memang port kami isi perut dulu di restoran Leha
Kel Food, Taman Melati sebelah MRR2. Maklumlah, perjalannya panjang dan musim
menjelang cuti Merdeka ini tidak boleh jangka perjalanannya nanti. Lagi pun
suka makan kat sini macam-macam ada nasi air, mee/bihun sup, nasi ayam,
macam-macam jenis laksa & laksam, lauk pauk, nasi kerabu, nasi dagang, roti
canai, kuih muih… bak kata banyak pilihan lah disini. Jadi suami isteri tak
payah nak bertekak nak makan apa. Western saja tidak ada ya…
Perjalanan kami KL- Gua Musang
mengambil masa 4jam tapi tak rasa lama pun… sebab sibuk borak entah apa dan
jakun tengok macam-macam. Tapi just nak share di sini, maklumlah baru first
time bawa kereta dai KL-KB kami confuse dengan jalan. Terlalu banyak jalan
alternative (di area Mempaga, masa ni tengah cari sign board Kuala Lipis tak nampak
pun) dan dah 2 kali terambil jalan alternative sebab En. Hubby fikir jalan
alternative tu jalan singkat dan termudah. Mulalah dalam otak ni teringat movie
Wrong Turn tu… huhuhu
 |
Semput seram tengok movie ini... |
Masuk je jalan alternative, macam lain
macam je… macam semacam, dua macam, 3 macam…
“B, kenapa macam tak ada orang lalu pun jalan ni. Kelapa sawit je ni….?
J.a.la.n a.l.t.e.r.n.a.t.i.v.e… bukan ke
jalan alternative ni jalan lain kalau jalan utama sesak atau tidak boleh di
lalui. Ini kita saja yang lalu sini…” Ah… sudah… terdiam En. Hubby. “So
macamana sayang nak pusing balik?” “Baik pusing kot kita cari jalan utama” .
Huhuhu takut kalau sesat ke mana-mana pula nanti.
Alhamdulillah akhirnya, kami temui
semula jalan utama dan sampai di Gua Musang dalam pukul 5:30pm setelah tolak singgah
buang air kecil, tolak lepak kedai mamak mengeteh. Cuaca pun baik, redup saja
memang sesuai untuk perjalanan jauh. Kami bermalam di Hotel GM, ambik bilik
katil Queen yang ada tingkap 1 malam RM85 sahaja (no breakfast).
 |
cek kiblat dulu ya... |
Kalau anda di GM ni u all
jangan nak cerewet sangat nak cari hotel 4 or 5 star ya… So far penginapan di Gua Musang 2 dan 3 star sahaja. Hotel GM ini
sangat okay hotel terletak di Bandar Baru Gua Musang betul2 mengadap jalan
menuju ke KB, berdekatan dengan pasaraya untuk anda beli jajan makan malam dan kedai
makan.