Pages

Monday, 28 September 2015

Preview Filem Jwanita

Asalam & hai,

Rasanya masih belum terlambat Elly nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha semua... Memandangkan hari Isnin ni cuti jerebu, tiba-tiba En. Suami ajak tengok movie Jwanita.


Kami ni memang pengemar filem terutama En Hubby suka sangatlah cerita-cerita seram macam ni, Al-kisah...ini semua lepas kami tertengok dia punya trailer tu. Uuuuuuuuuiiii trailer dia memang seram! Kalau tak tengok kat panggung macam rugi plak, sebab nonton depan screen besar lagilah seram kan…
Cuba tengok trailer ni di bawah >>>>

So lepas Maghrib terus ke TGV Cheras Selatan movie start jam 9.30pm – 11:15pm (lebih kuranglah habis pukul brapa tak ingat pulak). Ringkasan mengenai filem Jwanit arahan Saudara Osman Ali ini mengisahkan kanak-kanak adik beradik yatim piatu yang kematian ibu bapa mereka akibat kemalangan. Tragedi itu telah meninggalkan kesan kepada Jwanita(kakak- Maya Karin) sehingga menjadikannya trauma. Ketika mereka di tempatkan di rumah anak-anak yatim, Julaika (adik-Cristina Suzanne) telah diserahkan kepada keluarga angkat untuk dijaga sementara Jwanita terpaksa menjalani rawatannya di rumah anak2 yatim (masih trauma...). Pada satu malam Jwanita telah melarikan dan telah “diselamatkan” oleh ibu (Umie Aida) seorang bomoh sihir. Hidup Jwanita sehingga membesar penuh dengan kejahatan, dendam dan penyeksaan. Sehinggalah dia melarikan diri dari ibu dan berjumpa kembali dengan adiknya Julaika… (Ringkasan, Jwanita bunuh ibu dan pembantunya kemudian larikan diri lepas itu orang jumpa dia pengsan kat jalan, masuk hospital sakit jiwa dan doctor yang merawatnya adalah suami Julaika, Dr. Farhan (Bronte Palarea), sangat kebetulan bukan hihihi…). Maka, perjumpaan semula adik beradik ini telah bermulanya era baru dunia Jwanita yang menjadi wanita psiko yang menggunakan sihir dan kejahatan. Berlakunya kisah bunuh-bunuh Nona (Marsha), Tukang kebun dan PA Dr. Farhan. Ending, rupa-rupanya suami Julaika, Dr. Farhan telah menjalinkan hubungan bersama Jwanita. 
Elly ni baik sikit terus bagitau ending hahaha…


What is the feed back for this movie? (termasuklah feed back from my hubby kot2 feed back saya syok sendiri). Jadinya, pendapat ini datangnya dari 2 insan ya…

Jalan cerita menarik, apatah lagi apabila watak Jwanita wanita psiko dilakonkan oleh Maya Karin. (yang suka buat senyum sinis, mata kecik besar kecik besar tu memang seram kan...) memang sangat tepat, juga lakonan pelakon2 hebat yang lain seperti Bront, Cristina, Umie Aida dan yang lain-lain juga berjaya membawa watak masing-masing. Tetapi, ada beberapa kekurangan detail dalam beberapa babak.  
  • 1.       Julaika baca paper tajuk lebih kurang mcm ni  (Wanita di jumpai pengsan di jalan gambar berwajah Jwanita) tiba- tiba Julaika melontarkan dialog “Abang ini pesakit abang kan? Nama dia Jwanita, dia ini kakak Julaika. Soalan > Macamana pula isteri boleh tahu pesakit jiwa yang di rawat suami, bukan ke confidential?. Kalau newspaper keluar hari ini tentu bahan beritanya adalah semalam. Bagaimana dengan hanya belum sempat 24jam Julaika sudah tahu siapa yang di rawat Farhan di rumah sakit jiwa?
  • 2.       Scene ketika Nona(Marsha) dirasuk. Dr Farhan masuk ke bilik Nona (yang hanya kecik itu) mencari Nona tidak ada. Tiba-tiba air darah menitik di ATAS kepala, saya ulang… Menitik di ATAS kepala Dr. Farhan(Bront yang tinggi tu…). Dr Farhan memandang ke atas, tiba2 screen shot Nona sedang terangkat dari di HADAPAN Dr. Farhan. Sepatutnya jika sequent kepada scene air darah menitik di atas kepala Dr. Farhan, Nona sepatutnya datang dari atas kan kan kan…
  • 3.       Banyak scene Psiko dan seram yang sepatutnya perlu dimainkan untuk penonton hayati tetapi tidak cukup kuat sehingga belum sempat nak feel rasa psiko dan seram terbantut-bantut rasanya.
  • 4.       Tak tahu apa kegunaan apabila Jwanita menyimpan mayat Nona, tukang kebun dan PA Dr. Farhan yang di puja tu. Ingatkan adalah scene untuk dijadikan khadam sihir, membunuh atau apa2 tugas tapi tiada pula dalam filem ini. Mungkin ada tapi tidak jelas atau babaknya perlu lebih banyak lagi kerana kebanyakkan kerja membunuh Jwanita yang buat sendir jer… yang ada pun scene Jwanita makan daging tukang kebun macam makan biskut ala2 seksi jer, pegang hujung2. Sepatutnya scene ini boleh dilakonkan dengan cara yang rakus (walaupun view hanya dari belakang)
  • 5.       Banyak scene yang boleh diperkemaskan lagi contoh scene menjahit muka mayat Nona, scene menyeru roh jahat ke tubuh Nona, scene ibu mengajar Jwanita ilmu sihir perlu dipaparkan untuk menaikan mood bagaimana Jwanita dididik dengan ilmu jahat dan tiada scene menceritakan dimana dan bagaimana bermulanya Jwanita dan Dr. Farhan menjalinkan hubungan. Hanya memaparkan Jwanita sedang bercinta di dalam bilik bersama Dr. Farhan sahaja. Menjadi persoalanan adakah ketika rawatan, sebelum Jwanita melarikan diri dari rumah mereka atau selepas/sebelum Jwanita tinggal bersama di rumah mereka? Tidak di jelaskan di sini...
  • 6.    Scene Jwanita berbaju dress merah pergi ke paya untuk pemujaan agak klise selalu dah dimainkan oleh filem-filem di Hollywood. 

Haa… cukuplah ye, belum lagi scene Julaika kena kapak tu dan beberapa yang lain. Ini cuma pendapat kami sahaja yang hanya penonton biasa. Mungkin ahli-ahli perfileman lebih arif dari pandangan kami tetapi saya galakkan you all untuk menonton Filem Jwanita ini. From 5 STAR Elly bagi 3 STAR sahaja… Sejujurnya saya meminati cerita arahan Osman Ali ini kerana mostly cerita arahan beliau seperti Ombak Rindu, Cun!, Pilot Cafe, Anak Halal dan Sejoli punyai jalan cerita yang best dan menarik. Cuma Elly perasan, macam cerita Ombak Rindu dulu pun kurang detail dari beberapa aspek. Penonton-penonton perlu di tontonkan dengan lokanan dan scene yang detail dan realistic kepada realiti. (Contoh : Kalau realistic scene PA Dr. Farhan melihat Jwanita memakan daging tukang kebun sepatutnya akan terus lari untuk selamatkan diri, mungkin akan di kejar setan belaan dan akhirnya dibunuh oleh setan belaan tersebut tetapi di dalam filem ini dah nampak Jwanita makan dan membunuh lagi dia nak masuk untuk melihat lebih dekat dan dibunuh di situ.)

Pulang ke rumah kami sambung layan DVD filem Longkong (Thai), mungkin boleh jadikan movie ini sebagai contoh yang terbaik. Lebih kurang saja kisah wanita Psiko yang menggunakan sihir untuk kejahatan.


Akhirnya, saya menggalakkan anda menonton filem ini dan nilaikan sendiri, kalau sudi silalah berkongsi pandapat anda ya…

Love! Happy watching…


No comments:

Post a Comment