Assalamualaikum,
Alhamdulillah semalam segala perjalanan pertama
dipermudahkan, mission untuk dapatkan appointment date dengan doctor O&G di
HKL. Klinik O & G (Infertility) berlokasi berdekatan/ sebelah wad ground
floor bersalin sahaja. Pagi jam 7 dah bertolak dari rumah, jangan cakaplah jem
kereta sudah tentu sebab waktu ini memang ‘peak time’ tapi dah berborak-borak
dengan En. Hubby tak terasa boring… Sampai jam 8.30pagi terus pergi cari
bahagian Infertility, memang pening sikit pusing-pusing patutlah tak jumpa
rupanya diorang letak under nama bahagian “Reproduksi” kalau tak silap.
Syaratnya kena rajin bertanya. Malu bertanya sesat jalan kan…
![]() |
Menunggu giliran nak kena cucukkkkkk, gulp! Dasar takut jarum... |
Masa next appointment nanti siap bawa semua dokumen yang perlu atau test
yang sudah dibuat lebih awal kalau ada. Kalau anda ada GL lebih memudahkan untuk
kos perubatan. Kalau anda tiada GL sangat disarankan untuk mendapatkan surat doctor
dari Klinik kerajaan lebih murah dan menjimatkan, kalau dengan surat klinik swasta nanti kosnya boleh jadi ratus-ratusan walaupun untuk blood test. Jangan datang terjah saja ya. Ni jadual untuk Klinik O & G boleh refer waktu yang sesuai...
Nanti saya akan update lagi kena tunggu lagi sebulan lebih untuk update for under this ROAD TO BE A MOM.
xoxo,
Diariceknon
No comments:
Post a Comment