Pages

Friday, 30 October 2015

ROAD TO BE A MOM ~ TTC JOURNEY 2

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam segala perjalanan pertama dipermudahkan, mission untuk dapatkan appointment date dengan doctor O&G di HKL. Klinik O & G (Infertility) berlokasi berdekatan/ sebelah wad ground floor bersalin sahaja. Pagi jam 7 dah bertolak dari rumah, jangan cakaplah jem kereta sudah tentu sebab waktu ini memang ‘peak time’ tapi dah berborak-borak dengan En. Hubby tak terasa boring… Sampai jam 8.30pagi terus pergi cari bahagian Infertility, memang pening sikit pusing-pusing patutlah tak jumpa rupanya diorang letak under nama bahagian “Reproduksi” kalau tak silap. Syaratnya kena rajin bertanya. Malu bertanya sesat jalan kan…

First skali kena pegi bahagian O & G tunjukan surat dan didaftarkan, then nurse minta terus pergi bahagian Infertility. Sampai saja terus tunjuk surat pada nurse, Alhamdulillah waktu ni takdelah ramai sangat orang. So far nurse-nurse di HKL semua membantu dan berbahasa… Nurse yang attend baca surat dan terus bagi tarikh untuk next appointment. Kebetulan pada hari ini hari ke-2 period, breakfast pun belum terus minta nurse untuk ambik darah untuk test. Kalau tak kena tunggu next visit period ke-2. 

Menunggu giliran nak kena cucukkkkkk, gulp! Dasar takut jarum...

Masa next appointment nanti siap bawa semua dokumen yang perlu atau test yang sudah dibuat lebih awal kalau ada. Kalau anda ada GL lebih memudahkan untuk kos perubatan. Kalau anda tiada GL sangat disarankan untuk mendapatkan surat doctor dari Klinik kerajaan lebih murah dan menjimatkan, kalau dengan surat klinik swasta nanti kosnya boleh jadi ratus-ratusan walaupun untuk blood test. Jangan datang terjah saja ya. Ni jadual untuk Klinik O & G boleh refer waktu yang sesuai...


Nanti saya akan update lagi kena tunggu lagi sebulan lebih untuk update for under this ROAD TO BE A MOM.

xoxo,
Diariceknon


Wednesday, 28 October 2015

ROAD TO BE A MOM ~ TTC JOURNEY 1

Assalamualaikum…

Saya mulakan dengan penuh rasa kesyukuran di atas segala limpah, rahmat dan kasih sayang yang telah Allah swt berikan. Insya Allah, esok 29/10/2015 setelah usia perkahwinan hampir mencecah 9 tahun ini bermulalah perjalanan ulang alik temujanji di Hospital Kuala Lumpur. Excited ada… nervous pun ada… sedangkan esok baru nak ambik tarikh untuk temujanji dengan doctor saja. Tetapi harap-harap semuanya berjalan dengan mudah dan lancar, manalah tahukan tiba-tiba esok doctor dapat terus attend. Amin2… dan harap-harap dengan keyakinan dapat tarikh next appointment yang dekat. Amin2…

FIKIR YANG BAIK-BAIK, CAKAP YANG BAIK-BAIK DAN INSYA ALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK

Rasa rindu sangat-sangat menanti untuk zuriat dari rahim ini, rasa gedik-gedik dah. Dah terbayang-bayang depan mata ni. Memang saya ni jenis nampak relax saja, padahal di dalam hati ni Allah swt saja yang tahu. Macam-macam perjalanan tahap kesabaran sudah di lalui, kalau soal sedih air mata tu tak perlu cakaplah. Apa yang boleh kita katakan, SABAR…. dan terus senyum. Syukur pula suami tak pernah nak persoalkan apa sama-sama USAHA, sama-sama TAWAKAL dan sama-sama ISTIQOMAH.

Wish me good luck!!!
Xoxo,
Elly