Pages

Monday, 28 September 2015

Preview Filem Jwanita

Asalam & hai,

Rasanya masih belum terlambat Elly nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha semua... Memandangkan hari Isnin ni cuti jerebu, tiba-tiba En. Suami ajak tengok movie Jwanita.


Kami ni memang pengemar filem terutama En Hubby suka sangatlah cerita-cerita seram macam ni, Al-kisah...ini semua lepas kami tertengok dia punya trailer tu. Uuuuuuuuuiiii trailer dia memang seram! Kalau tak tengok kat panggung macam rugi plak, sebab nonton depan screen besar lagilah seram kan…
Cuba tengok trailer ni di bawah >>>>

So lepas Maghrib terus ke TGV Cheras Selatan movie start jam 9.30pm – 11:15pm (lebih kuranglah habis pukul brapa tak ingat pulak). Ringkasan mengenai filem Jwanit arahan Saudara Osman Ali ini mengisahkan kanak-kanak adik beradik yatim piatu yang kematian ibu bapa mereka akibat kemalangan. Tragedi itu telah meninggalkan kesan kepada Jwanita(kakak- Maya Karin) sehingga menjadikannya trauma. Ketika mereka di tempatkan di rumah anak-anak yatim, Julaika (adik-Cristina Suzanne) telah diserahkan kepada keluarga angkat untuk dijaga sementara Jwanita terpaksa menjalani rawatannya di rumah anak2 yatim (masih trauma...). Pada satu malam Jwanita telah melarikan dan telah “diselamatkan” oleh ibu (Umie Aida) seorang bomoh sihir. Hidup Jwanita sehingga membesar penuh dengan kejahatan, dendam dan penyeksaan. Sehinggalah dia melarikan diri dari ibu dan berjumpa kembali dengan adiknya Julaika… (Ringkasan, Jwanita bunuh ibu dan pembantunya kemudian larikan diri lepas itu orang jumpa dia pengsan kat jalan, masuk hospital sakit jiwa dan doctor yang merawatnya adalah suami Julaika, Dr. Farhan (Bronte Palarea), sangat kebetulan bukan hihihi…). Maka, perjumpaan semula adik beradik ini telah bermulanya era baru dunia Jwanita yang menjadi wanita psiko yang menggunakan sihir dan kejahatan. Berlakunya kisah bunuh-bunuh Nona (Marsha), Tukang kebun dan PA Dr. Farhan. Ending, rupa-rupanya suami Julaika, Dr. Farhan telah menjalinkan hubungan bersama Jwanita. 
Elly ni baik sikit terus bagitau ending hahaha…


What is the feed back for this movie? (termasuklah feed back from my hubby kot2 feed back saya syok sendiri). Jadinya, pendapat ini datangnya dari 2 insan ya…

Jalan cerita menarik, apatah lagi apabila watak Jwanita wanita psiko dilakonkan oleh Maya Karin. (yang suka buat senyum sinis, mata kecik besar kecik besar tu memang seram kan...) memang sangat tepat, juga lakonan pelakon2 hebat yang lain seperti Bront, Cristina, Umie Aida dan yang lain-lain juga berjaya membawa watak masing-masing. Tetapi, ada beberapa kekurangan detail dalam beberapa babak.  
  • 1.       Julaika baca paper tajuk lebih kurang mcm ni  (Wanita di jumpai pengsan di jalan gambar berwajah Jwanita) tiba- tiba Julaika melontarkan dialog “Abang ini pesakit abang kan? Nama dia Jwanita, dia ini kakak Julaika. Soalan > Macamana pula isteri boleh tahu pesakit jiwa yang di rawat suami, bukan ke confidential?. Kalau newspaper keluar hari ini tentu bahan beritanya adalah semalam. Bagaimana dengan hanya belum sempat 24jam Julaika sudah tahu siapa yang di rawat Farhan di rumah sakit jiwa?
  • 2.       Scene ketika Nona(Marsha) dirasuk. Dr Farhan masuk ke bilik Nona (yang hanya kecik itu) mencari Nona tidak ada. Tiba-tiba air darah menitik di ATAS kepala, saya ulang… Menitik di ATAS kepala Dr. Farhan(Bront yang tinggi tu…). Dr Farhan memandang ke atas, tiba2 screen shot Nona sedang terangkat dari di HADAPAN Dr. Farhan. Sepatutnya jika sequent kepada scene air darah menitik di atas kepala Dr. Farhan, Nona sepatutnya datang dari atas kan kan kan…
  • 3.       Banyak scene Psiko dan seram yang sepatutnya perlu dimainkan untuk penonton hayati tetapi tidak cukup kuat sehingga belum sempat nak feel rasa psiko dan seram terbantut-bantut rasanya.
  • 4.       Tak tahu apa kegunaan apabila Jwanita menyimpan mayat Nona, tukang kebun dan PA Dr. Farhan yang di puja tu. Ingatkan adalah scene untuk dijadikan khadam sihir, membunuh atau apa2 tugas tapi tiada pula dalam filem ini. Mungkin ada tapi tidak jelas atau babaknya perlu lebih banyak lagi kerana kebanyakkan kerja membunuh Jwanita yang buat sendir jer… yang ada pun scene Jwanita makan daging tukang kebun macam makan biskut ala2 seksi jer, pegang hujung2. Sepatutnya scene ini boleh dilakonkan dengan cara yang rakus (walaupun view hanya dari belakang)
  • 5.       Banyak scene yang boleh diperkemaskan lagi contoh scene menjahit muka mayat Nona, scene menyeru roh jahat ke tubuh Nona, scene ibu mengajar Jwanita ilmu sihir perlu dipaparkan untuk menaikan mood bagaimana Jwanita dididik dengan ilmu jahat dan tiada scene menceritakan dimana dan bagaimana bermulanya Jwanita dan Dr. Farhan menjalinkan hubungan. Hanya memaparkan Jwanita sedang bercinta di dalam bilik bersama Dr. Farhan sahaja. Menjadi persoalanan adakah ketika rawatan, sebelum Jwanita melarikan diri dari rumah mereka atau selepas/sebelum Jwanita tinggal bersama di rumah mereka? Tidak di jelaskan di sini...
  • 6.    Scene Jwanita berbaju dress merah pergi ke paya untuk pemujaan agak klise selalu dah dimainkan oleh filem-filem di Hollywood. 

Haa… cukuplah ye, belum lagi scene Julaika kena kapak tu dan beberapa yang lain. Ini cuma pendapat kami sahaja yang hanya penonton biasa. Mungkin ahli-ahli perfileman lebih arif dari pandangan kami tetapi saya galakkan you all untuk menonton Filem Jwanita ini. From 5 STAR Elly bagi 3 STAR sahaja… Sejujurnya saya meminati cerita arahan Osman Ali ini kerana mostly cerita arahan beliau seperti Ombak Rindu, Cun!, Pilot Cafe, Anak Halal dan Sejoli punyai jalan cerita yang best dan menarik. Cuma Elly perasan, macam cerita Ombak Rindu dulu pun kurang detail dari beberapa aspek. Penonton-penonton perlu di tontonkan dengan lokanan dan scene yang detail dan realistic kepada realiti. (Contoh : Kalau realistic scene PA Dr. Farhan melihat Jwanita memakan daging tukang kebun sepatutnya akan terus lari untuk selamatkan diri, mungkin akan di kejar setan belaan dan akhirnya dibunuh oleh setan belaan tersebut tetapi di dalam filem ini dah nampak Jwanita makan dan membunuh lagi dia nak masuk untuk melihat lebih dekat dan dibunuh di situ.)

Pulang ke rumah kami sambung layan DVD filem Longkong (Thai), mungkin boleh jadikan movie ini sebagai contoh yang terbaik. Lebih kurang saja kisah wanita Psiko yang menggunakan sihir untuk kejahatan.


Akhirnya, saya menggalakkan anda menonton filem ini dan nilaikan sendiri, kalau sudi silalah berkongsi pandapat anda ya…

Love! Happy watching…


Tuesday, 15 September 2015

DAY 3 ~ Jalan- Jalan di Kota Bharu

29/8 Sabtu

Jalan-jalan cari makan kita!!! Kalau anda berada di Kota Bharu, jangan lepaskan peluang untuk bersarapan di Kopitiam Kita. Anda boleh menikmati pelbagai makanan rakyat yang popular daerah KB dan berdekatan dengannya. Jadi tak perlu pergi ke setiap lokasi makanan untuk menikmati setiap satu, semua boleh didapati di sini. Di Kopitiam Kita makan pelbagai pilihan ini mereka akan sediakan untuk sarapan dan waktu makan tengahari bermula 12 tengahari.Sebenarnya signature dish di sini adalah Roti Titab, iaitu roti potong yang dihidangkan bersama kaya dan telur separuh masak di atasnya. Sebabkan saya memang tidak gemar telur separuh masak jadi ia tidak menjadi pilihan Elly. Yang berminat boleh cuba okay...

Meja sentiasa full siap kena tunggu turn clear untuk duduk...

Pilihan En. Hubby Nasi Tumpang dan Nasi Berlauk (kari ayam) dan pilihan Elly nasi ikan kering & talam ubi.

Nasi Tumpang... (tumpang rasa sikit ye hubby..)

Nasi tumpang ni macam nasi himpit dimakan bersama gulai ikan.

Nasi gulai ikan kering dan talam ubi pilihan Elly...

Kopitiam Kita ini popular di kalangan selebriti dan ahli politik juga. Kebetulan masa kami di sini waktu cuti hujung minggu dan cuti Merdeka kebanyakkan pelancong yang datang dan banyak makanan habis dengan cepat. So hajat nak dapatkan laksam dan nasi dagang tidak kesampaian kerana sudah habis di 'sapu' orang. 3.8 Star*

KOPITIAM KITA
Taman Desa Jaya, 4357-A, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia



ROTI SEGAR!!!
Antara kedai yang paling lama dan terkenal di Kota Bharu ini adalah Kilang Roti Choo Chin Hin. Kalau anda datang ke sini anda boleh nampak gambar lama mungkin pemilik pertama yang mula-mula menjalankan perniagaan ini. Elly buat perkiraan sendiri mungkin dah 3 generasi agaknya... Semua roti di bakar di sini dan kita boleh nampak tempat pembakarannya. Anda jangan risau kedai ini siap memiliki status Halal dan MESTI. Hebat oooo... Nampak saja klasik dan antik! Apa yang Elly perhati dan telah rasa hasil roti di sini semuanya fresh dan mereka mahir dalam roti. Tetapi kalau untuk pastry yang moden seperti donut/ tart/ muffin mungkin ada sedikit kureng. Elly lebih sukakan roti mereka yang klasik itu...  3 Star*

Kedai Roti/ Kilang Roti Choo Chin Hin
2859-61, Jalan Suara Muda, 15000, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia


Haa nampak bersusun roti yang baru di bakar ini dan ada Halal dan MESTI di situ.

Lepas tu kami ke Bazar Tok Guru, jejalan tengok apa-apa yang menarik. First time ke sini suasananya macam PKNS/ Medan Mara. Bazaar Tok Guru ini masih baru di buka, kebanyakkannya menjual pakaian wanita seperti baju kaftan/ baju kelawar, kain batik dan telekung. Barang di KB lebih murah dari Kuala Terengganu contohnya En. Hubby belikan jubah kaftan RM70 tetapi di KTgganu harganya sehingga 3ratus ringgit kalau ada yang batu2 tu. Sempat juga Elly beli telekung bersulam (katanya ala-ala Siti Khatijah) sempena birthday Elly esok (30/8) hehehe... 


Cantik kan... Happy birthday to me!!!

Nanti kita sambung lagi episod Jalan-Jalan cari makan ye...

Assalamualaikum Kota Bharu!!!

28/8 Jumaat Day 2

Lepas subuh kami terus check out dan meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Alhamdulillah cuaca sejuk dan jalan raya clear saja. Kalau anda tiba di Kuala Krai jangan lupa untuk singgah bersarapan roti canai Pokok Jati di kedai bersebelahan Station Petronas Kuala Krai di hadapan Pusat Beli Belah PKT. Kedai roti canai Pokok Jati di si ni memang popular tau… kerana di tebar oleh 3 beradik (kalau tak silap dari sumber maklumat yg diperolehi). Roti yang ditebar cantik je booolat booolat…



Review roti canai = Simple, sedap, lembut… Di sini sudah tersiap sedia self service setiap meja kuah dalca, kari dan sambal untuk anda tuang sendiri berapa banyak yang anda suka. Memang En. Hubby suka saaangaatlah… Roti canai di sini memang sedap cuma kuahnya agak manis bagi saya walaupun kari. Tetapi inilah keunikan di Kelantan, manis-manis belako… Saya bagi 4Star

Perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu memakan masa selama 3jam (driving relax sahaja…). Kebetulan pada hari ini hari Jumaat, jadi agak sukar nak mencari kedai makan tengahari di Bandar Kota Bharu kerana kebanyakkannya tutup. Jadi anda hanya perlu terus ke Restoran Zakini Nasi Kukus di Jalan Long Yunus. Di sini juga ada pelbagai lauk-lauk yang menarik dan kuih muih tradisional pantai timur

Muka happy dapat makanla tuh...



Review = Rasanya boleh tahan sedap tapi saya pernah makan nasi kukus depan Maybank berdekatan Hotel Juita dulu lagi sedap kot…  3.5 Star


Kerana nak mengejar waktu solat Jumaat, lepas lunch kami terus check-in di Hotel Ridel yang berhadapan dengan Sg. Kelantan memandangkan En. Hubby juga ada training di sini petang nanti. Untuk bilik Deluxe Queen river view hanya rm135/night termasuk sarapan. Biliknya agak kecik dan standard facilities. 


Memandangkan nak rehat dan tidur, Elly okay saja tetapi agak mengecewakan kerana di hotel ini banyak siaran TV dari Thailand yang “ambo dok pahe kecek gapo” berbanding rancangan kita. Untuk channel TV1, 2 dan 3 semuanya kabur dan blur je. Kalau anda mengharapkan movie memang tiada... Jadi tiada pilihan malam je kami layan channel animal yang berbahasa English… hihihi. :D So harap pihak pengurusan dapat upgrade sistem siaran mereka ya…

Dah malam, mari kita nonton animal hihihi..
Yang terbaik di sini adalah pemandangan matahari terbenam yang sangat indah... Subhanallah.
Pemandangan senja dari bilik, menenangkan...

Kalau anda berada di Kota Bharu jangan lupa ke kedai roti/ kilang roti 

Trip ke Kota Bharu singgah di Gua Musang dulu...

Hai semua…
27/8 yang lalu, kami ke Kota Bharu antara sebabnya En. Hubby ada bagi training advertising di sana. Entah kenapa kali ini travel ke Kota Bharu rasa excited pulak. Mungkin sebab sebelum ini kalau Elly travel ke Kota Bharu Elly naik flight saja. Excited tu sebab perjalanannya panjang boleh tengok tempat orang. Elly memang suka kalau berjalan dan tengok life orang sepanjang perjalanan di tempat lain, rasa pengalaman yang baru dan cari makanan yang popular di tempat itu.  Kalau naik flight ini memanglah cepat dan mudah tetapi sekejap saja dah sampai macam boring sikit… So awal-awal lagi dah suggest pada En. Hubby travel ini kita bawa kereta saja, lagi best, tak perlu rushing-rushing, banyak tempat boleh singgah dan banyak masa boleh kami berborak. (ehem2…). Kami rancang tidak terus ke KB tapi bermalam di Gua Musang dan pagi esoknya selepas subuh akan meneruskan perjalan ke KB. (Dah dewasa ni Gua Musang pun x pernah singgah…)

Trip ke Kota Bharu kali ini memang tak nak rushing, nak menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Tidak kisahlah kalau setakat dalam Malaysia saja, bagi Elly kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah dah ciptakan depan mata kita. Kan, kan, kan… Kami bertolak dari KL lepas masuk Zohor. Sebelum tu memang port kami isi perut dulu di restoran Leha Kel Food, Taman Melati sebelah MRR2. Maklumlah, perjalannya panjang dan musim menjelang cuti Merdeka ini tidak boleh jangka perjalanannya nanti. Lagi pun suka makan kat sini macam-macam ada nasi air, mee/bihun sup, nasi ayam, macam-macam jenis laksa & laksam, lauk pauk, nasi kerabu, nasi dagang, roti canai, kuih muih… bak kata banyak pilihan lah disini. Jadi suami isteri tak payah nak bertekak nak makan apa. Western saja tidak ada ya…

Perjalanan kami KL- Gua Musang mengambil masa 4jam tapi tak rasa lama pun… sebab sibuk borak entah apa dan jakun tengok macam-macam. Tapi just nak share di sini, maklumlah baru first time bawa kereta dai KL-KB kami confuse dengan jalan. Terlalu banyak jalan alternative (di area Mempaga, masa ni tengah cari sign board Kuala Lipis tak nampak pun) dan dah 2 kali terambil jalan alternative sebab En. Hubby fikir jalan alternative tu jalan singkat dan termudah. Mulalah dalam otak ni teringat movie Wrong Turn tu… huhuhu

Semput seram tengok movie ini...
Masuk je jalan alternative, macam lain macam je… macam semacam, dua macam, 3 macam…  “B, kenapa macam tak ada orang lalu pun jalan ni. Kelapa sawit je ni….? J.a.la.n  a.l.t.e.r.n.a.t.i.v.e… bukan ke jalan alternative ni jalan lain kalau jalan utama sesak atau tidak boleh di lalui. Ini kita saja yang lalu sini…” Ah… sudah… terdiam En. Hubby. “So macamana sayang nak pusing balik?” “Baik pusing kot kita cari jalan utama” . Huhuhu takut kalau sesat ke mana-mana pula nanti.


Alhamdulillah akhirnya, kami temui semula jalan utama dan sampai di Gua Musang dalam pukul 5:30pm setelah tolak singgah buang air kecil, tolak lepak kedai mamak mengeteh. Cuaca pun baik, redup saja memang sesuai untuk perjalanan jauh. Kami bermalam di Hotel GM, ambik bilik katil Queen yang ada tingkap 1 malam RM85 sahaja (no breakfast).


cek kiblat dulu ya...

Kalau anda di GM ni u all jangan nak cerewet sangat nak cari hotel 4 or 5 star ya… So far penginapan di Gua Musang 2 dan 3 star sahaja. Hotel GM ini sangat okay hotel terletak di Bandar Baru Gua Musang betul2 mengadap jalan menuju ke KB, berdekatan dengan pasaraya untuk anda beli jajan makan malam dan kedai makan. 

Monday, 14 September 2015

My First Welcome

Asalamualaikum…

Hai dan salam perkenalan semua,

Selamat datang ke blog Diari Ceknon. Blog ini dihasilkan untuk menghimpun segala pengalaman yang berguna, info-info yang menarik, resepi masakan dan tempat-tempat yang menarik untuk dijadikan rujukan kepada sesiapa sahaja.

Nama Ceknon? Enon adalah nama timangan sejak kecil yang dipanggil oleh ahli keluarga saya.dan Ceknon adalah olahan dari panggil anak-anak buah saya (anak abang2 dan anak kakak saya) singkatan kepada makcik Enon. Kiranya shortform ke Ceknon… hahaha. Tapi, boleh panggil saya Elly :). Saya merupakan isteri kepada seorang suami yang sangat memahami dan baik hatinya. Saya juga sedang TTC untuk membina keluarga kami ini.

Impian untuk mengilhamkan blog sendiri telah lama tetapi dari hari ke sehari Ceknon kesibukan dan  masa pun berlalu. Alhamdulillah, kini diharapkan perkongsian di blog ini yang berkonsepkan resepi kehidupan,resepi masakan, agama, tempat-tempat yang menarik, tip-tip kesihatan, petua kecantikan dan sebagainya yang baik dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada kita semua.

Sekian, terima kasih...
Elly